Pernah tak korang alami situasi dimana bibir korang kering, merekah dan mengelupas walaupun dah banyak minum air? Situasi ni pun berlaku pada SR sendiri. Bibir ni selalu sangat kering. Bila dah kering, apa lagi mesti tangan gatal nak kopek dan akhirnya berdarah. Nak makan pun susah kot! Huhu
Siapa tak nak nampak segar dan cantik, betul tak? Tak salah kalau SR cakap orang akan pandang muka kita terlebih dahulu sebelum penampilan kita. Salah satu bahagian yang perlu
diambil perhatian dan penjagaan yang sempurna adalah pada bahagian bibir. Bibir
atau kawasan mulut adalah bahagian pada wajah manusia yang mudah menerima
jangkitan sama juga seperti bahagian mata dan hidung. Salah satu cara
penjagaan bibir yang mudah adalah dengan menggunakan lip balm.
Berbeza dengan lipstick dan lip
gloss, lip balm atau pelembab bibir berfungsi untuk memberikan kelembapan
kepada permukaan bibir. Bibir yang terlalu kering boleh menyebabkan
ia merekah yang boleh membuatkan kita jadi susah untuk makan dan minum. Betul tak?
Lip balm juga digunakan bertujuan untuk memperbaiki struktur sel pada permukaan bibir agar
bibir kita kelihatan sihat luar dan dalam. Bagi sesiapa yang mempunyai
masalah bibir berwarna hitam, penggunaan lip balm dengan kerap juga boleh mengembalikan
warna bibir anda kepada warna yang asal.
Last but not least, dengan menggunakan lip balm ini
juga menjadikan penampilan kita kelihatan begitu natural atau semulajadi.
So, kita tak perlu makeup tebal-tebal semata-mata untuk cantik. Pakai bedak dan lipbalm sahaja pun dah okay. Nampak lebih natural dan segar. Which I always do bila rasa nak makeup natural.
Lepas ni jangan lupa pakai lipbalm k? Taknak dah bibir merekah, kering semua tu. Hehe. Drugstore pun jual macam-macam jenama lipbalm antaranya Lip Ice, Baby Lips dan sebagainya.
Thanks for reading! Xoxo

Lip balm ni memang best friend nih...
ReplyDeleteKan? Peneman setia. Hehe
Deleteyeahhh...penting pakai lip balm bagi perempuan macam aku..hehe..ke mana-mana mesti ada lip balm terpasang di bibir..cehh..
ReplyDeleteBetul tu, kalau tak pakai rasa lain macam. Hehe
Deleteyupppp. kita sama. tapi ain tak pakai pun sbb rimas mcm ada something dkt bibir ta suka
ReplyDeleteKalau macam tu kena consume air banyak sikitlah supaya tak kering :)
Deletetime belajar dulu je rajin pakai lip balm...sekarang dah xpakai dah
ReplyDeletexde pun koleksi lip balm...
ReplyDeletekalau beli pakai sekejap je then bagi pada adik...hehehehe
Blogwalking dan Follow #1278 :)
ReplyDeletentahlah..kenapa sy ni tak suka pakai lip balm hehehe
syaza pakai jenama apaaaa qila nak beli lagi la next month hahahah #tamak
ReplyDeleteBiasanya untuk harian Syaza pakai Vaseline je tp kalau nak bg colour sikit dekat lips Syaza guna Lip Ice Sheer Color yang warna pink tu sebab lipbalm tu akan bertukar ikut warna darah kalau tak silap. You should try it :)
DeleteSaya pun biasa guna Lip Ice Sheer Colour! Kekadang tukar tukar dengan Maybelline Baby Lips hehe
ReplyDeleteNivea Lip Balm oke tak ?
ReplyDeleteSaya pakai Nivea Lip balm (Original) dah dekat setengah tahun, so far memang best. Dia melembabkan bibir dan selesa untuk dipakai.
Delete