Review : Bos Paling Romantik - Crystal Anabella

Saturday, 12 January 2019

Crystal Anabella, Bos Paling Romantik, Suara Hati


Hello! Setelah sekian lama akhirnya ada juga novel yang nak direview. Teringat pulak dulu masa awal-awal blogging, Syaza memang selalu update review setiap novel yang Syaza baca. Tapi semua tu dah takde dah cause I dah delete years ago.

But its okay. We will start new.

Novel yang nak direview ialah novel dari one of my favourite novel writer iaitu Crystal Anabella. Syaza ada semua novel Crystal Anabella kecuali Suami Simpanan Superstar yang sekarang ni memang susah nak jumpa lagi kat mana-mana.

Tajuk : Bos Paling Romantik
Penulis : Crystal Anabella
Penerbit : Suara Hati Publication 
Harga : RM27 SM RM30 SS
Halaman : 534 mukasurat


SINOPSIS

Pertemuan pertama, pipi Luth calar kena tampar. Pertemuan kedua, jantung Elena hampir tercabut. Pertemuan ketiga, Luth Zafrel mengisytiharkan perang buat Ammara Elena. Perang menyakat dan buat gadis itu malu bertingkat-tingkat.

"Bagi saya bos tak ada gaya lelaki yang dilamun cinta. Gaya lain ada." - Elena

"Gaya apa?" - Luth

"Gaya playboy." - Elena

"Playboy paling hot, paling handsome dan paling seksi yang pernah awak lihat, kan?" - Luth

Luth dan ayat-ayat manisnya umpama isi dan kuku. Elena boleh kena diabetes bila bersama pemuda itu. Sikap ambil berat dan prihatinnya buat hati Elena jadi jelly. Tapi, boleh ke dia mempercayai jejaka yang terkenal dengan sikap kaki perempuan itu?

"Saya betul-betul tak berminat masuk campur hal maksiat bos. Dengar pun saya tak ingin. Rasa berdosa sangat." - Elena

Bila Elena buat keras kepala, Luth mati kutu untuk memujuk. Tanpa Elena Luth tidak senang duduk.

"Maaf kerana gagal mengawal hati ini daripada terus menginginkan sesuatu yang mustahil untuk saya miliki." - Luth

"Semuanya dah terlewat." - Elena

Cinta mereka dipenuhi ranjau berduri. Pelbagai masalah memunculkan diri. Nyawa Elena hampir melayang dan Luth sama terluka. Bisakah Luth dan Elena merentasi semua halangan itu? Adakah benar Ammara Elena bidadari Luth Zafrel?

REVIEW

For me, novel ni memang tak mengecewakan. Plot dan jalan cerita yang menarik walaupun pada awalnya gak slow sikit jalan ceritanya tapi lepas dah baca beberapa bab lepas tu memang rasa ingin tahu tu membuak-buak. Tambah pulak penulis masukkan isu kekeluargaan dalam novel ni dan tak hanya fokus pada cinta sahaja. Syaza suka watak Luth dalam ni. Dia selalu ambil berat pasal Elena and selalu ada bila sesuatu berlaku pada Elena cuma satu je yang Syaza pertikaikan kenapa Luth taknak mengaku atau pun bagitau Elena yang dia cintakan Elena. But thank God selepas satu per satu ujian dorang hadapi, akhirnya dorang bersama juga. Ending memang twist habis. Tak sangka boleh ada thriller dalam novel ni. 

Untuk lebih lanjut, Syaza sarankan korang baca novel ni. Memang best dan Syaza sure korang pun akan suka jugak. I'm waiting for the next novel from Crystal Anabella. Dah lama sangat tak buat review novel dan Syaza rasa lain sangat. To more novel review in the future. Enjoy your weekend, everyone 💕


Dah lama tak update blog dalam Bahasa Melayu 😉

4 comments

  1. harap harap novel ni dijadikan drama 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? I wish for that too. Kalau bukan novel ni, novel lain Crystal Anabella pun takpe 😊

      Delete
  2. Tak pernah baca karya penulis ini.. kalau ada thriller mesti menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau berpeluang bolehlah cuba baca novel penulis ni 😊

      Delete

© Syaza Raihanah. Design by FCD.