Review : Mr. Sexy's Sugar - Crystal Anabella

Saturday, 26 October 2019


Tajuk: Mr. Sexy's Sugar
Penulis: Crystal Anabella
Penerbit: Suara Hati publication
Harga; RM27 SM RM30 SS
Halaman: 669 muka surat

SINOPSIS

Penumbuk, penendang dan muka beku. Itu 'hadiah' biasa Ice Queen a.k.a Erin Malaika untuk kawan baiknya.

Senyum meleret, kenyit mata dan flying kiss. Itu simptom Mr. Sexy a.k.a Noah Aiden ketika berhadapan kesayangannya.

Balas dendam - matlamat hidup Erin.
Memiliki Erin - impian hidup Noah.

Ketika dua insan berbeza personaliti itu menjalin hubungan bertahun-tahun lamanya, pelbagai masalah timbul.

"Kalau rambut saya panjang macam Rapunzel, leher awak dulu saya jerut." - Erin

"Sadisnya. But..." - Noah

Kekasaran dan keganasan Erin bukan kudis di jiwa Noah. Dia akan pastikan Erin jadi miliknya meskipun terpaksa menggunakan pelbagai helah.

"Ini nasihat aku sebagai kawan yang dah kenal kau lebih dua puluh tahun. Kalau tak suka, cakap terang-terang. Jangan bagi harapan palsu." - Jibrael

Erin fikir Noah mampu mewujudkan kebahagiaan dalam hidupnya. Dia sanggup menanggung risiko menempuh hari-hari mendatang bersama pemuda itu. Malangnya, apa yang dirancang, lebur di tengah jalan.

"Kau... aku. Kita mustahil bersatu." - Erin

Pertalian dua manusia itu sepatutnya terpadam sejak dahulu lagi. Namun, Noah berdegil. Meskipun dikhianati dan nyawa nyaris tergadai, cintanya takkan pernah berganjak. Takkan pernah berubah. Selamnya milik Erin.

Erin pula terbelit antara cinta dan dendam. Masih adakah peluang untuk dia terus mencintai sedangkan dendam tunjang nafasnya selama ini?

🔷🔷🔷🔷🔷🔷🔷🔷🔷🔷🔷🔷🔷🔷🔷🔷🔷🔷🔷🔷🔷🔷🔷🔷🔷🔷

Kali ni punya tema memang lain sikit dari novel-novel Crystal Anabella yang sebelum ni. Kali ni lebih kepada dendam. Semuanya berlaku apabila Erin dapat tahu yang keluarganya terbunuh, adik perempuannya dirogol menyebabkan Erin berdendam dan ingin mencari siapa pembunuh keluarganya. Dan disebabkan itu juga Erin menghidap skizofrenia. Selalu terbayang dan terdengar suara-suara lain. Dalam tempoh dia nak pulihkan diri, dia mula kerja dengan Noah sebagai bodyguard. Bab-bab awal dalam novel ni tak cerita sangat kenapa Noah panggil Erin dengan panggilan Sugar tapi Syaza dapat agak sebab Erin pernah bagi Noah lolipop masa pertama kali mereka bertemu iaitu ketika beberapa tahun yang lalu. Tapi Erin tak ingat sangat peristiwa tu. Noah sayang dan caring sangat dengan Erin tapi Erin buat dek je. Sampailah satu hari Erin terima lamaran Noah dan berkahwin. Semuanya terbongkar yang menyebabkan satu tragedi berlaku. Nak tahu lebih lanjut kenalah baca novel ni sebab memang tak rugi. 


Waiting for new novel from Crystal Anabella.

Post a Comment

© Syaza Raihanah. Design by FCD.